Tuesday 29 November 2011

Tahun baru



Salam Maal Hijrah

Da bermula tahun baru.. azam tahun baru cik cima
-
-
-
-
-
-
-
*nak jadi yg lebih baik
*lebih tabah terima dugaan..
*yg penting berusaha jadi anak yg baik 



Ish2 byk sebenar nye lagi azam.. Azam2 tahun lepas kita forward je kpd tahun nie.. 
Azam yg lepas nye tak tercapai lagi so kita forward la.. T____T 
Pelan2 kita berusaha..huhu 



Tuesday 1 November 2011

Kata-kata semangat

Assalamualaikum..;)

Lama x updated..hehe lama sgt entry sakit 2.. tgk pun da naik sakit mata.. T__T haha nak wat cam ne..tgn nie malas je nak menari2 kat keyboard lappy nie..haha
hari nie cik shima nak share kata-kata semangat or kata-kata perangsang.. walaupun kadang2 x makan jugak kata-kata nie kat cik shima nie..haha x pe cik shima nak share jugak..haha da aku kisah kan blog aku....haha (gelak jahat...hahaha) ^_^
Dah namanya pun kata-kata semangat kan..harusnya la kata-kata nie bagi semangat or perangsang kat hati..hehe ^_^


KATA KATA HIKMAH :

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu
perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. 6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi
dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

Renung-renungkan selamat beramal..hehe